24 Jam Belajar Sunnah Nabi
RM18.00Aku Sudah Kembali (Dr. Nurul Badriyah Ali)
RM35.00Buku ini menghimpunkan kisah-kisah remaja perempuan yang mendapat bimbingan di pusat perlindungan Raudhatus Sakinah. Penglibatan mereka dalam gejala sosial berpunca daripada
pelbagai faktor seperti perceraian ibu bapa, terpengaruh dengan rakan, keinginan ingin mencuba, bebas melayari Internet serta meninggalkan kewajipan Islam.Aku,Kembara Dan London
RM25.00Assalamualaikum Ustazah
RM34.00Assalamualaikum Ustazah
RM34.00Ini Himpunan kisah suka dan duka kami dalam melayani aneka ragam anak didik serta warna-warni kehidupan di rumah kedua kami, iaitu sekolah.
Bukan hanya berperanan sebagai penyampai ilmu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, kami juga menggalas tanggungjawab sebagai murabbi tulus dari hati.Sang Murabbi yang mendidik anak murid dengan penuh kasih sayang, menasihati mereka dengan berhikmah, menegur kesilapan mereka tanpa mengaibkan serta menunjukkan jalan yang benar kepada mereka.
Anak-anak didik adalah aset kami yang berharga. Tinggi impian kami agar mereka bukan sahaja dapat memahami ilmu yang bermanfaat, tetapi dapat juga mengamalkannya dalam kehidupan harian. Semoga nanti mereka beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat serta ada dalam kalangan mereka yang sudi menarik tangan kami beriringan ke taman syurga.
Bahagia Cara Kita
RM25.00Bahagia Cara Kita
RM25.00Buku ini menampilkan tip-tip mencapai kebahagiaan dalam hidup, yang ditampilkan dalam gaya bahasa yang cukup santai dan mudah difahami oleh setiap lapisan umur pembaca. Tip-tip yang dikongsikan mencakupi pelbagai aspek kehidupan, dan mudah diaplikasi oleh kita semua dalam menjalani kehidupan seharian. Antara topik yang diketengahkan oleh penulis adalah soal menjaga hubungan dengan Pencipta dan manusia, mencapai ketenangan hidup tanpa overthinking, mencari
kebahagiaan sendiri tanpa membanding-bandingkan dengan orang lain, dan pelbagai lagi topik yang menarik.Kita selalu berusaha untuk hari esok yang lebih baik. Namun apabila esok tiba, kita masih lagi berfikir bagaimana mahukan hari esoknya yang lebih baik berbanding menikmati hari yang kita sedang lalui. Kita tidak berasa puas dan selalu mahukan lebih lagi sehingga terlepas menikmati hari ini. Kita tercari-cari bahagia yang sepatutnya kita miliki. Kita tercari-cari di mana bahagia yang selama ini kita nantikan setiap hari. Hakikatnya, bahagia itu ada dalam diri kita. Bahagia dengan cara
kita, tanpa perlu membanding-bandingkan dengan sesiapa.Cikgu, Bawalah Saya Ke Syurga
RM39.00Filosofi Rerama
RM28.00Hidup Berpesan-Pesan: Meniti Kehidupan Di Bumi Berbekal Iman
RM28.00Manusia tidak hidup bersendirian di bumi Tuhan. Kita hidup saling memerlukan, saling perlu dipesan-pesan. Dipesan agar
segala peringatan Allah yang sudah termaktub dalam al-Quran, sentiasa menjadi pegangan dalam menjalani kehidupan seharian. Pesanan pesanan yang dinukilkan dalam buku ini menyentuh aneka isu dalam kehidupan manusia di dunia ini. la memaparkan kisah-kisah kehidupan manusia, dan cuba mengajak setiap pembaca menghayati jalan sebenar sebagaimana yang dituntut oleh agama. Turut diselitkan, pelbagai kisah sejak era Rasulullah SAW bersama para sahabat Baginda, di samping petikan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis yang sahih sebagai pencetus kepada kesedaran dan pemantapan kisah. Buku ini ditujukan buat setiap insan yang mencintai Allah dan merindui jalur kehidupan bermakna yang diredai-Nya. Semua lapisan masyarakat tanpa mengira batasan umur mampu menghayatinya, lebih-lebih lagi buat golongan Mukmin dewasa.Buku ini memuatkan 4 tema utama yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia sesama manusia, pengajaran untuk manusia, dan pesanan-pesanan untuk seseorang manusia itu mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Dalam setiap bab, penulis menghuraikan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat dunia sekarang, dan melampirkan sirah/kisah zaman dahulu yang boleh dijadikan panduan dan iktibar.
Latar Belakang Penulis:
Bergiat aktif sebagai penyumbang artikel untuk ruangan agama di Berita Harian, Majalah Al-Muslimah, Majalah Bicara, Perspektif Sinar Harian dan Ad-Din Harian Metro di samping penulisan artikel bercorak umum iaitu dengan menjadi salah seorang penulis di ruangan Minda Intelek, Sisipan Varsiti, Berita Harian. Aktif menulis ruangan berita semasa secara sambilan di Borneo Post, Sarawak semasa di Politeknik Kuching dan Politeknik Mukah dari tahun 2006-2011. Menerima Anugerah Penerbitan Alumni 2012. Kolumnis Majalah Fardu Ain, Dian dan Qudwah 2012.
Kembara Raikal
RM17.00KIT SMART SOLAT : Faham dan Ingat makna Bacaan Solat Kanak-kanak
RM59.90Satu-satunya buku yang menggunakan teknik faham dan ingat makna bacaan solat dengan kad imbasan.
Mendidik Anak-Anak Digital
RM24.50Pada Suatu Hari
RM25.00Remaja Hanya Sekali
RM25.00