Buku ini menampilkan himpunan zikir yang amat sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur kanak-kanak. Disertakan dengan ilustrasi yang menarik, himpunan zikir ini juga dilengkapi penerangan menggunakan laras bahasa yang mudah dan ringkas untuk dihayati dan difahami oleh kanak-kanak. Dalam buku ini, ibu bapa serta guru juga boleh terlibat sama membimbing anak-anak dalam proses hafazan melalui kolum Jadual Hafazan yang disediakan. Lebih 50 zikir yang dimuatkan ini dipilih dengan teliti daripada sumber yang sahih, merangkumi topik yang berkisar kehidupan seharian kanak-kanak, antaranya: •Zikir yang Paling Disukai oleh Allah SWT
- Zikir Selepas Solat Fardu
- Zikir Pujian
- Zikir Teguh Pendirian dalam Islam
- Zikir Mensyukuri Nikmat
- Zikir Memuji Allah SWT
- Zikir Mengelak Bahaya
- Asmaul Husna