Remaja sering kali terperangkap dalam usaha mencari identiti. Hendak dikata kanak-kanak, bukan. Hendak dikata dewasa, pun bukan. Remaja juga adalah fasa seseorang itu mahu mencuba segalanya. Kekankang dan halangan daripada orang dewasa yang lebih dahulu ‘makan garam’ pula, membuatkan remaja sering memberontak dan rasa tidak difahami.
Selain mengetengahkan isu yang sering dihadapi remaja, buku ini membantu para remaja mencapai solusi bagi konflik yang sering melanda diri. Tip dan perkongsian turut dimuatkan agar dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian. Kisah dan contoh yang ditampilkan begitun dekat dengan realiti dunia remaja, agar remaja tahun kesan dan akibat atas sesuatu perbuatan. Panduan diberikan agar remaja tahu kesan dan akibat atas sesuatu perbuatan.
Panduan diberikan agar remaja mampu membuat keputusan yang terbaik untuk diri dan masa depan, serta menghargai masa yang ada kerana zaman remaja hanya datang sekali seumur hidup.
Siapa Yang Digalakkan Membaca Buku Ini?
- Konflik dengan ibu bapa, kawan dan guru.
- ‘Matang’ untuk bercinta?
- Tidak mempunyai motivasi diri tetapi berimpian untuk mengubah nasib diri suatu hari nanti.
- Cita-cita setinggi langit namun tidak punya panduan untuk menggapainya.