Aku Sudah Kembali (Dr. Nurul Badriyah Ali)
RM35.00Buku ini menghimpunkan kisah-kisah remaja perempuan yang mendapat bimbingan di pusat perlindungan Raudhatus Sakinah. Penglibatan mereka dalam gejala sosial berpunca daripada
pelbagai faktor seperti perceraian ibu bapa, terpengaruh dengan rakan, keinginan ingin mencuba, bebas melayari Internet serta meninggalkan kewajipan Islam.Anjing Dalam al-Quran dan Hadis
RM29.90Assalamualaikum Ustazah
RM34.00Assalamualaikum Ustazah
RM34.00Ini Himpunan kisah suka dan duka kami dalam melayani aneka ragam anak didik serta warna-warni kehidupan di rumah kedua kami, iaitu sekolah.
Bukan hanya berperanan sebagai penyampai ilmu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, kami juga menggalas tanggungjawab sebagai murabbi tulus dari hati.Sang Murabbi yang mendidik anak murid dengan penuh kasih sayang, menasihati mereka dengan berhikmah, menegur kesilapan mereka tanpa mengaibkan serta menunjukkan jalan yang benar kepada mereka.
Anak-anak didik adalah aset kami yang berharga. Tinggi impian kami agar mereka bukan sahaja dapat memahami ilmu yang bermanfaat, tetapi dapat juga mengamalkannya dalam kehidupan harian. Semoga nanti mereka beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat serta ada dalam kalangan mereka yang sudi menarik tangan kami beriringan ke taman syurga.
Berbisnes Dengan Tuhan
RM24.90Biografi Muhammad Bin Abdullah – Rasul Agung Idola Sepanjang Zaman
RM450.00Set buku yang membawa pembaca menelusuri sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
- Set ini mengandungi lima jilid buku yang ditulis menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami serta gaya bercerita yang santai.
Setiap jilid mempunyai tema tersendiri, dilengkapi dengan infografik serta ilustrasi peristiwa dan peta yang menyorot titik perjuangan Baginda bersama kaum Muslimin.
- Mendedahkan tokoh Islam sepanjang zaman terutamanya kepada kanak-kanak
- Memberi impak positif kepada perkembangan awal kanak-kanak untuk menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola
- Mensasarkan penyampaian maklumat secara eksklusif dan santai
- Pendekatan yang lebih menarik seperti peta, gambar rajah, infografik, gambar tempat-tempat bersejarah, dan lain-lain
- Melampirkan ayat-ayat al-Quran dan hadis sahih bagi menyokong fakta yang disampaikan
Cikgu, Bawalah Saya Ke Syurga
RM39.00HIJRAH HATI RAHSIA DIRI MAHU DISAYANGI
RM39.00Penerbit: Rimbunan Publishing House
Tahun Terbitan: 2023
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 978-967-2458-64-7
Bil. Muka surat: 292 m/s
Format: PaperbackKembara Raikal
RM17.00KIT SMART SOLAT : Faham dan Ingat makna Bacaan Solat Kanak-kanak
RM59.90Satu-satunya buku yang menggunakan teknik faham dan ingat makna bacaan solat dengan kad imbasan.
Kitab Tilawah Al-Quran Tahun 2 (JAKIM)
RM7.00Buku teks dan Sumber KAFA/SRA ini disusun dan diolah berdasarkan kesepaduan sukatan pelajaran terkini, lengkap dan komprehensif, berpandukan kepada sukatan pelajaran Kelas Alquran dan Fardu Ain (KAFA) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan disemak oleh Panel JAKIM.
Buku ini disusun dengan lengkap untuk memenuhi sesi pengajian dalam satu tahun. penyediaannya dibuat bagi membolehkan para pelajar menyebut, membaca, mengenal, memahami dan menulis.
Mencari Tuhan Dalam Ramadan
RM28.00Nota Menggapai 8A
RM17.90Siri Penyiasat Cilik : Misteri Rumah Kosong
RM15.00Mengisahkan kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Indra yang
suka menyiasat misteri-misteri yang berlaku di kampungnya.
Bersama-sama teman karibnya iaitu Kuppan (berbangsa India)
dan Cha (berbangsa Cina), mereka sentiasa ada rancangan
untuk merungkai sesebuah misteri walaupun kadangkala
rancangan itu tidak masuk akal dan kerap menyusahkan
penduduk kampung
Antara watak utama lain dalam kisah ini adalah Jidin Jambul,
Wak Ketot, Marpunah, dan lain-lain lagi. Kisah-kisah dalam siri
ini bergenre humor adventurous.
Siri Penyiasat Cilik: Misteri Kebun Getah
RM16.00Cuti sekolah datang lagi. Indra, Kuppan dan Cha pergi ke Kampung Langot, sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah hutan. Mereka pergi bersama Anees dan datuknya, Tok Sukin untuk menziarahi teman-teman mereka di sana. Ketika mereka berada di kampung tersebut, muncul satu kes misteri yang menggusarkan seluruh penduduk kampung. Getah sekerap milik penduduk kampung sering dicuri tetapi pencurinya gagal ditangkap walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Indra, Kuppan dan Cha bersepakat untuk menyiasat misteri kes ini kerana mahu membantu penduduk kampung terutamanya teman baru mereka, Apit. Datuk kepada Apit sering dituduh sebagai dalang kes kecurian getah sekerap di kampung tersebut. Misteri kali ini agak sukar diselesaikan, tidak semudah seperti sebelum ini. Pelbagai halangan terpaksa mereka tempuhi termasuklah gangguan makhluk halus yang mereka sendiri tidak sangka. Berjayakah mereka membongkar misteri gangguan makhlus halus yang mengancam mereka dan juga kes kecurian getah sekerap tersebut? Nampak gayanya cuti sekolah mereka kali ini terpaksa dikorbankan demi membantu penduduk Kampung Langot.