Buku ini sesuai untuk golongan ibu bapa dan guru pendidikan awal untuk memberi bimbingan dan panduan penggunaan Internet dan gadget secara positif kepada anak-anak dalam lingkungan umur 4 sehingga 6 tahun. Seterusnya, ini bagi mengurangkan ancaman keselamatan siber seperti buli siber dan jenayah antun seksual (child grooming) dalam kalangan kanak-kanak apabila mereka berada dalam talian.
Buku ini turut menyentuh topik keseimbangan masa penggunaan Internet serta meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibu bapa mengenai konsep beretika dan berintegriti semasa kanak-kanak berada dalam talian.