Terma & Syarat

Harta Intelek

1. Hak Cipta
Segala bentuk hak cipta dan hak eksklusif termasuk hak untuk menjual, mengedarkan salinan, mempamerkan karya secara terbuka, menyediakan karya terbitan, menerbitkan, membuat persembahan, memfilemkan atau merekodkan – dan sama ada mengecualikan atau memberi kuasa kepada orang lain untuk melaksanakan mana-mana atau semua hak ini adalah terlarang dan tidak dibenarkan.

2. Cap Dagangan
Cap dagangan adalah 100% milik Kumpulan Rimbunan yang telah didaftarkan di bawah syarikat induk kami iaitu Rimbunan Holdings Sdn Bhd yang mana ianya meliputi nama jenama, logo, tajuk, simbol, frasa pendek, frasa panjang dan slogan. Mana-mana agensi, syarikat, perseorangan mahu pun berkumpulan adalah dilarang untuk meniru atau menciplak dengan sewenang-wenangnya. Dan jika terbukti berbuat demikian, tindakan undang-undang akan dikuat-kuasakan.

Pautan Lanjut (Hyperlinks)

Laman web kami mungkin mengandungi hyperlink. Terdapat Hyperlink yang mana ianya digunakan untuk tujuan mempromosikan laman web utama kami di rimbunanmall.com. Dan terdapat juga Hyperlink yang menghubungkan anda ke tapak organisasi lain yang bukan tanggungjawab kami. Kami telah menggunakan usaha munasabah kami dalam menyediakan laman web kami sendiri dan maklumat yang disertakan di dalamnya dilakukan dengan teliti dan tekun. Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai kawalan ke atas sebarang maklumat yang boleh anda akses melalui tapak web lain. Oleh itu, dengan tidak menyebut mana-mana organisasi, syarikat atau individu yang mana laman web kami dipautkan, dan ianya memberi impak terhadap sebarang kelulusan atau waranti mengenai kedudukan dan keupayaan mana-mana organisasi, syarikat atau individu sedemikian maka dengan itu, ianya dengan tanpa prejudis adalah bukan dari tanggungjawab pihak kami.