“Sesiapa yang mengamalkan sunahku,
maka dia mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku,
maka aku akan bersama-sama
dengannya di syurga.”
Sunah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW begitu lengkap, merangkumi aktiviti harian kita dan boleh diamalkan pada bila masa dan di mana jua. Malah, dunia perubatan moden membuktikan amalan sunah sangat bermanfaat kepada kesihatan kita.
Tahukah anda, pusat saraf yang paling peka dalam tubuh kita terdapat pada anggota wuduk? Oleh itu setiap kali kita berwuduk, pusat-pusat saraf ini sangat sensitif terhadap air segar yang seterusnya dapat menjaga kesihatan dan keseimbangan pada pusat saraf dalam tubuh kita.
Menarik, bukan ? Mari kita terokai sunah-sunah lain yang dapat diamalkan dalam kehidupan harian.