Showing the single result

  • Stop Talking And Start Hijrah

    Hijrah adalah yang sukar bagi orang yang hatinya belum mantap. Banyak orang yang menunda hijrahnya, malah sampai bertahun-tahun lamanya. Entahlah apa yang masih ditunggu, sedangkan kematian akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Tidak perlulah kita tunda lagi. Ada Tuhan Yang Maha Pemaaf yang sentiasa bersedia memaafkan segala kesalahan kita. Seandainya kita yakin Allah adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf, mari kita mulakan hijrah. Allah menunggu hambaNya bersujud dalam solat dan merintih dalam doa kepadaNya. Mari kita pilih jalan ini. Jalan hijrah. Jalan yang Allah bentangkan untuk hambaNya yang mahu ada dekat denganNya. Jalan ini dipenuhi kerikil, banyak lubang, malah di persimpangan pula ada banyak pokok yang tumbang. Walaupun ada banyak rintangan, namun di penghujung jalan ini ada harapan yang kita letakkan, iaitu syurga. Semua jalan ada penghujungnya, namun tidak semua jalan berakhir syurga. Jadi, adakah kamu masih ragu hendak berhijrah?

    RM24.90