Buku ini menghimpunkan doa harian yang amat sesuai dibaca dan diamalkan oleh kanak-kanak pada setiap peringkat umur, dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Setiap doa dalam buku adalah bersumber daripada rujukan yang sahih iaitu al-Quran dan hadis. Usia kanak-kanak merupakan waktu terbaik untuk mereka mempelajari serta menghafaz doa-doa harian agar dapat dijadikan amalan dalam kehidupan seharian sehingga dewasa kelak. Dalam buku ini, ibu bapa serta guru boleh terlibat sama membimbing anak-anak dalam proses hafazan melalui kolum Jadual Hafazan yang disediakan. Lebih 50 doa dimuatkan yang merangkumi topik:
- Bilik Tidur
- Bilik Air
- Pakaian
- Makan Minum
- Keluar Masuk Rumah
- Kenderaan
- Belajar
- Keluarga
- Kesihatan
- Akhlak