Start Again
RM28.00Start Again
RM28.00Start Again adalah naskhah yang menghimpunkan 100 tajuk kecil, yang berbicara tentang hidup manusia. Berbicara tentang kita, berbicara tentang semua. Termasuklah tentang cinta tentang usaha, tentang rindu, tentang manis, tentang gagal, dan segalanya yang sering berlaku kepada kita. Tujuannya untuk segalanya yang sering berlaku kepada kita. Tujuannya untuk luka dan kecewa, supaya kita boleh bermula lagi, dan supaya kita mampu menyembuhkan sendiri segala yang terjadi kepada hati.
Kita semua sepakat, dunia ini tidak sempurna tetapi ramai yang tidak sedar mereka sebenarnya sedang mengejar sempurna. Mahu jadi kaya, jadi baik seperti malaikat, perlu pendidikan tinggi, perlu isteri yang baik, suami yang memahami, dan segala-galanya yang merujuk kepada kesempurnaan hidup. Sedangkan hakikatnya, hidup di dunia tidak berjalan sebegitu. Malah ia seperti tidak adil untuk sesetengah golongan manusia. Yang adil untuk diri kita dan semua adalah, kita mengejar untuk menjadi lebih baik daripada semalam dan hari ini. Untuk itu kita perlu bermula dengan satu perkara ini, iaitu mencintai diri sendiri, dan kembali bangkit bagi mendepani ranjau yang hadir sendiri, dan kembali bangkit bagi mendepani ranjau yang hadir.
Mampukah kita selepas apa yang berlaku? Kita mampu. Kita hanya perlu percaya, dan perlu START AGAIN!
Stop Talking And Start Hijrah
RM24.90Stop Talking And Start Hijrah
RM24.90Hijrah adalah yang sukar bagi orang yang hatinya belum mantap. Banyak orang yang menunda hijrahnya, malah sampai bertahun-tahun lamanya. Entahlah apa yang masih ditunggu, sedangkan kematian akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Tidak perlulah kita tunda lagi. Ada Tuhan Yang Maha Pemaaf yang sentiasa bersedia memaafkan segala kesalahan kita. Seandainya kita yakin Allah adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf, mari kita mulakan hijrah. Allah menunggu hambaNya bersujud dalam solat dan merintih dalam doa kepadaNya. Mari kita pilih jalan ini. Jalan hijrah. Jalan yang Allah bentangkan untuk hambaNya yang mahu ada dekat denganNya. Jalan ini dipenuhi kerikil, banyak lubang, malah di persimpangan pula ada banyak pokok yang tumbang. Walaupun ada banyak rintangan, namun di penghujung jalan ini ada harapan yang kita letakkan, iaitu syurga. Semua jalan ada penghujungnya, namun tidak semua jalan berakhir syurga. Jadi, adakah kamu masih ragu hendak berhijrah?