Sell in Shopee

Berniaga Di Shopee!

Sepertimana kita tahu, pada tahun 2021 Shopee telah menjadi platform E-Dagang No 1 di dalam Malaysia tidak kira untuk peniaga atau pembeli. Semua orang hendak berniaga di Shopee kerana ia lebih memudahkan berbanding berniaga secara fizikal atau kedai.

Dengan mendaftar dan menjual di Shopee pada masa kini amatlah berbaloi kerana ramai pembeli yang lebih gemar untuk membeli belah di Shopee berbanding platform lain kerana mudah, cepat dan selamat dengan adanya sistem di Shopee untuk melindungi penjual dan pembeli dari tertipu.

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee

Di bawah ini pihak Rimbunan Mall  kongsikan cara terkini 2022 untuk mula daftar dan niaga di Shopee. Digalakkan anda untuk menggunakan komputer dan bukannya telefon pintar untuk mendaftar akaun bagi memudahkan urusan pendaftaran.

Daftar Akaun Shopee

Dengan menggunakan komputer, pergi ke laman rasmi Shopee Malaysia iaitu https://shopee.com.my/ dan tekan pada Daftar atau Sign Up di bahagian atas kanan.

Anda juga boleh mendaftar menggunakan telefon pintar, tetapi kami lebih sarankan menggunakan komputer kerana lebih mudah untuk melihat kerana skrin lebih luas.

sign-up-page

Kemudian anda akan di minta meletakkan nombor telefon untuk tujuan pengesahan maklumat dan juga keselamatan maklumat anda. Di sini kami ingatkan anda perlu memasukkan nombor telefon dengan betul dan nombor telefon yang anda sering gunakan supaya mudah untuk urusan akan datang.

otp-code 

Kemudian anda dikehendaki untuk masukkan butiran seperti username, password dan email. Digalakkan untuk anda memilih username yang menarik supaya sesuai dengan barang yang anda bakal jual dan dapat menarik perhatian ramai orang untuk singgah di kedai Shopee anda.

Log Masuk Dan Pergi Ke Seller Centre

Setelah selesai daftar akaun Shopee, anda boleh log masuk dan pergi ke Seller Centre untuk mula masuk ke halaman khas untuk peniaga. Seller Centre terletak di bahagian atas kiri seperti dalam gambar di bawah ini.

seller-centre  

Penjelasan Fungsi Di Seller Centre

Di halaman Seller Centre, anda akan dapat lihat pelbagai fungsi di sebelah kiri yang disediakan khas untuk penjual dan tidak boleh didapati oleh pembeli biasa. Di bawah ini kami akan jelaskan setiap satu fungsi asas tersebut.

seller-centre-page

Order (Pesanan)

Maklumat mengenai barangan yang belum dibayar oleh pembeli (Unpaid), barang yang perlu dihantar (To ship), barang dalam proses penghantaran (Shipping), barang telah sampai ke pembeli (Completed), urusniaga yang dibatalkan oleh pembeli (Cancellation), dan pulangan semula barang (Return/Refund) boleh dilihat disini.

seller-centre-page-p2 

Product (Produk)

Info mengenai barang jualan anda seperti nama barang, gambar, berat, harga variasi, dan stok boleh diletakkan di bahagian ini.

Product-page

Marketing Centre (Pusat Promosi)

Segala fungsi marketing yang boleh digunakan untuk mempromosikan barangan anda boleh didapati disini. Di laman ini juga anda boleh uruskan voucher, campaign untuk kedai anda.

voucher-page

Finance (Kewangan)

Pendapatan dari hasil jualan barang anda dan statement bulanan boleh disemak disini. Di ruangan finance juga anda boleh letakkan maklumat akaun bank anda untuk tujuan pemindahan bayaran daripada Shopee. Pelbagai jenis bank disokong untuk tujuan pemindahan bayaran seperti Bank Islam, Maybank, CIMB, Ambank, Bank Rakyat, BSN dan sebagainya.

payment-p1

payment-p2

Data (Maklumat Pelawat)

Jumlah pelawat yang datang ke kedai anda (page views) dan jumlah iklan barang anda ditekan boleh dilihat di halaman ini.

data-maklumat-pelawat

Shop (Kedai)

Anda boleh ubah nama kedai Shopee anda, letakkan logo serta gambar cover kedai, letak maklumat ringkas mengenai kedai di sini.

shop-page

Address (Alamat)

Di bahagian address, anda boleh isikan alamat kedai anda bagi tujuan pengambilan barang atau penghantaran semula barang yang dibatalkan.

adress-page

Cara Nak Tambah Produk Baru Di Shopee

Anda perlu pergi ke Seller Centre di shopee masing-masing.

my-product-page

Selepas masuk ke Seller Centre, anda boleh pergi icon di atas bersebelahan dengan icon loceng, anda klik dan selepas itu akan ada “My Product”. Boleh klik di situ.

Atau pun, anda boleh lihat di sebelah kiri skrin komputer anda, ada tulis “My Product”. Anda boleh klik “Add New Product”

add-new-product

Kemudian anda klik “add a new product”

product-catergory

Secara automatiknya anda akan di bawa ke window seperti di atas, selepas itu anda perlu isi nama produk anda dan kemudian wajib memilih kategori. Kategori untuk buku buat masa sekarang 2022 adalah di Book & Magazine, selepas itu anda klik ke Books dan anda pilih genre apa yang sesuai untuk buku anda.

product-description

Selepas itu anda perlu memasukkan “Product Description” seperti ISBN, Penerbitan, Nama Penulis dan sebagainya mengikut idea kreativiti masing-masing. Tetapi kami menyarankan anda meletakkan segala maklumat penting pada “Product Description” supaya mudah untuk pelanggan faham dan tertarik dengan buku yang dijual oleh anda.

media-management

Selepas itu, anda perlu masukkan “produk images” jika ada video anda boleh masukkan video juga. Ini mengikut kreativiti dropshipper sendiri. Kami di Rimbunan Mall memberikan kebebasan kreativiti dalam jualan.

shipping-page

Di bahagian Shipping, anda wajib masukan berat produk anda dan juga parcel size. Selepas itu anda boleh buka beberapa channel seperti Pos Laju, DHL, J&T dan sebagainya.

Kemudian ada boleh klik pada “save dan publish”

Jika produk anda masih masuk di under review. Jangan risau, anda hanya perlu tunggu dan biarkan pihak shopee review produk anda. Jika tidak lepas, anda perlu mengubah sedikit tajuk produk, product description dan sebagainya. Tetapi jangan risau, selalu pihak hanya review sahaja.