Buka laman web Lazada | Lazada.com.my kemudian anda perlu klik pada bahagian ‘Sell On Lazada’ seperti yang tertera di dalam gambar di atas.
Baiklah, ada tiga jenis seller di Lazada. Lazmall Seller, Local Seller dan LazGlobal Seller. Untuk anda yang berniaga barangan sendiri, bolehlah pilih di bahagian Local Seller.
Kemudian, anda akan dibawa ke halaman Seller Center ini. Anda boleh masukkan email anda dan kata laluan yang anda mahukan disini. Kemudian anda perlu memasukkan no telefon anda dengan betul untuk pihak Lazada menghantar kod verifikasi sama ada akaun anda itu ‘valid’ atau tidak.
Seterusnya anda perlu mengisi ruangan untuk nama kedai anda. Anda boleh meletakkan apa-apa sahaja nama kedai anda yang dirasakan bagus dan sesuai untuk menarik pembeli nanti.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah perlu sijil/borang perakuan dan pelbagai lagi sebelum menjadi penjual di Lazada, kan?
Sebenarnya anda tidak perlu risau. Untuk anda yang memilih ‘Individual Seller’, anda tidak perlu risau dengan SSM. Anda hanya perlu daftar dahulu akaun anda di Lazada, set up kedai anda di Lazada dengan betul-betul dan selepas mendapat pesanan pertama barulah boleh anda daftar dengan SSM.
Untuk masukkan produk pertama anda di dalam kedai Lazada anda, anda hanya perlu tekan tab “Add the first product” seperti yang tertera seperti di dalam gambar. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman seterusnya.
Ada empat bahagian yang anda perlu isi. Pertama adalah bahagian basic information. Dibahagian ini anda perlu memasukkan gambar produk anda, meletakkan nama produk anda dan juga memilih kategori mana produk anda tersenarai.
Bahagian seterusnya adalah deskripsi produk anda yang lebih jelas. Segala apa informasi berkenaan produk anda diletakkan disini.
Di bahagian Price & Stock pula anda perlu mengisi harga, jumlah stok, saiz produk dan pelbagai lagi disini.
Di bahagian terakhir pula adalah memasukkan berat dan saiz pakej produk anda. Selain itu, disini juga anda boleh nyatakan sama produk yang anda jual berbahaya atau tidak. Setelah berpuas hati dengan semuanya, anda boleh menekat butang ‘Submit’.
Anda telah berjaya memasukkan produk pertama anda ke dalam kedai Lazada anda! Tahniah! Seterusnya anda boleh terus melihat produk anda ‘LIVE’ di halaman Lazada.
Setelah produk anda berjaya dimasukkan ke platform dengan jayanya, kini produk anda sudah boleh dibeli oleh pelanggan yang berminat di Lazada!