Siri Penyiasat Cilik : Misteri Banjir
RM15.00Mengisahkan kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Indra yang
suka menyiasat misteri-misteri yang berlaku di kampungnya.
Bersama-sama teman karibnya iaitu Kuppan (berbangsa India)
dan Cha (berbangsa Cina), mereka sentiasa ada rancangan
untuk merungkai sesebuah misteri walaupun kadangkala
rancangan itu tidak masuk akal dan kerap menyusahkan
penduduk kampung
Antara watak utama lain dalam kisah ini adalah Jidin Jambul,
Wak Ketot, Marpunah, dan lain-lain lagi. Kisah-kisah dalam siri
ini bergenre humor adventurous.Siri Penyiasat Cilik : Misteri Rumah Kosong
RM15.00Mengisahkan kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Indra yang
suka menyiasat misteri-misteri yang berlaku di kampungnya.
Bersama-sama teman karibnya iaitu Kuppan (berbangsa India)
dan Cha (berbangsa Cina), mereka sentiasa ada rancangan
untuk merungkai sesebuah misteri walaupun kadangkala
rancangan itu tidak masuk akal dan kerap menyusahkan
penduduk kampung
Antara watak utama lain dalam kisah ini adalah Jidin Jambul,
Wak Ketot, Marpunah, dan lain-lain lagi. Kisah-kisah dalam siri
ini bergenre humor adventurous.
Siri Penyiasat Cilik : Orang Tua Misteri
RM15.00Indra Sulaiman suka menyiasat misteri-misteri yang berlaku di
tempat tinggalnya, Kampung Parit Ketumbit. Bersama-sama
teman karibnya, Kuppan dan Cha, mereka sentiasa ada
rancangan untuk merungkai sesuatu misteri walaupun
kadangkala rancangan mereka tidak masuk akal, dan kerap
menyusahkan penduduk kampung.
Dalam Orang Tua Misteri, mereka menyiasat kemunculan
seorang lelaki tua yang dilihat sering berlegar-legar di kawasan
kebun tanaman milik penduduk kampung. Suatu hari, penduduk
kampung gempar apabila hasil tanaman mereka tiba-tiba hilang!
Bagaimana ia boleh hilang? Siapakah yang mencurinya? Apa
kaitan lelaki tua yang mencurigakan itu dengan kejadian ini? Kes
ini sungguh misteri!
Indra, Kuppan, dan Cha menyusun strategi bagi mencari siapa
dalang sebenar di sebalik kejadian yang menghuru-harakan
kampung ini. Ikuti penyiasatan Indra dan sahabat-sahabatnya
dalam merungkai misteri yang menyelubungi.
Dimensi: 1 cm x 15 cm x 3 cm
Siri Penyiasat Cilik: Misteri Kampung Bergelap
RM15.00Bekalan elektrik yang terputus hingga beberapa hari membuatkan sekalian warga Kampung Parit Ketumbit resah gelisah. Begitu juga dengan Pak Dolloh yang turut risau kerana perasmian dewan baharu hanya tinggal beberapa hari lagi. Dalam kegelapan malam, banyak pula masalah yang timbul. Cikgu Saman yang ditugaskan menjaga barang-barang di dewan telah diganggu oleh sesuatu yang sangat menakutkan. Jidin Jambul pula nyaris kemalangan, manakala Wak Ketot pula nampaknya tidak senang duduk apabila benda penting di
rumahnya turut hilang. Di sekolah, berlaku juga kecurian. Perkara-perkara misteri yang tidak ketahuan punca ini menyebabkan Indra dan rakan-rakannya turut pening kepala. Nampaknya, mereka terpaksa berbuat sesuatu. Ya, mereka perlu menyiasat! Maka bermulalah siri penyiasatan tiga sekawan yang sangat mencabar dan penuh dengan kejutan sehingga hampir-hampir membuatkan jantung mereka luruh.
Dapatkah Indra dan kawan-kawannya menyelesaikan segala masalah yang melanda kampung mereka dalam keadaan bergelap? Dan, sempatkah Pak Dolloh dan sekalian penduduk kampung membuat persiapan sebelum majlis perasmian dewan
mereka?
Sedangkan…mereka tidak mempunyai banyak masa.Mengisahkan kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Indra yang suka menyiasat misteri-misteri yang berlaku di kampungnya. Bersama-sama teman karibnya iaitu Kuppan (berbangsa India) dan Cha (berbangsa Cina), mereka sentiasa ada rancangan untuk merungkai sesebuah misteri walaupun kadangkala rancangan itu tidak masuk akal dan kerap menyusahkan penduduk kampung. Antara watak utama lain dalam kisah ini adalah Jidin Jambul, Wak Ketot, Marpunah, dan lain-lain lagi. Kisah-kisah dalam siri ini bergenre humor adventurous.
Siri Penyiasat Cilik: Misteri Kebun Getah
RM16.00Cuti sekolah datang lagi. Indra, Kuppan dan Cha pergi ke Kampung Langot, sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah hutan. Mereka pergi bersama Anees dan datuknya, Tok Sukin untuk menziarahi teman-teman mereka di sana. Ketika mereka berada di kampung tersebut, muncul satu kes misteri yang menggusarkan seluruh penduduk kampung. Getah sekerap milik penduduk kampung sering dicuri tetapi pencurinya gagal ditangkap walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Indra, Kuppan dan Cha bersepakat untuk menyiasat misteri kes ini kerana mahu membantu penduduk kampung terutamanya teman baru mereka, Apit. Datuk kepada Apit sering dituduh sebagai dalang kes kecurian getah sekerap di kampung tersebut. Misteri kali ini agak sukar diselesaikan, tidak semudah seperti sebelum ini. Pelbagai halangan terpaksa mereka tempuhi termasuklah gangguan makhluk halus yang mereka sendiri tidak sangka. Berjayakah mereka membongkar misteri gangguan makhlus halus yang mengancam mereka dan juga kes kecurian getah sekerap tersebut? Nampak gayanya cuti sekolah mereka kali ini terpaksa dikorbankan demi membantu penduduk Kampung Langot.
Siri Penyiasat Cilik: Misteri Kesan Cakar
RM15.00Kampung Parit Ketumbit gempar apabila beberapa penduduknya diganggu oleh makhluk ganas yang berkuku tajam. Makhluk yang tidak diketahui asal usulnya itu berkeliaran tatkala malam menjelma. Bunyi rengekan yang halus serta nyaring, bersama kesan-kesan cakar yang ditinggalkan di merata tempat, sudah cukup membuatkan seluruh penduduk kampung berada dalam ketakutan. Ramai yang berteka-teki, kemungkinan ia adalah anjing liar, kelawar gergasi, atau serigala hutan. Lebih menggerunkan, ada juga yang mengatakan ia bukan makhluk sembarangan. Ia makhluk jadi-jadian! Indra, Kuppan, dan Cha juga tidak terkecuali pernah berhadapan dengan makhluk ganas itu apabila perkhemahan mereka diganggu oleh kesan cakar dan bunyi-bunyi yang menyeramkan. Ini membuatkan mereka menggeletar dan trauma. Dalam keadaan takut, mereka tetap juga bersemangat untuk menjalankan siasatan dan merungkai tentang makhluk misteri itu. Nampaknya, banyak misteri yang perlu dirungkai oleh mereka bertiga sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Sedangkan…mereka juga benar-benar dalam ketakutan.———————————————————————–
-Latar belakang cerita (suasana kampung) yang jarang
ditonjolkan pada masa kini.
– Tema penyiasatan dengan unsur humor menjadikan
pengalaman membaca lebih menyeronokkan.Siri Penyiasat Cilik: Misteri Lembaga Putih
RM16.00Misteri kali ini bermula dengan kehilangan ayam ternakan Pak Dolloh. Ada ayamnya yang mati dan ada juga yang hilang tanpa dikesan. Indra dan sahabat-sahabatnya nekad mahu membantu Pak Dolloh untuk menyelesaikan misteri tersebut. Mereka mula merancang strategi untuk menyelesaikan misteri yang berlaku direban ayam Pak Dolloh. Malangnya, mereka menemui jalan buntu. Belum selesai misteri sedia ada, Kampung Parit Ketumbit gempar lagi dengan kemunculan dua entiti aneh.Kemunculan kelibat ayam putih dan lembaga putih. Dari mana datangnya ayam putih itu, adakah ia sejenis mahkluk albino atau sebaliknya? Bagaimana pula dengan lembaga putih yang menyeramkan itu? Adakah ia punca utama kehilangan dan
kematian ayam ternakan Pak Dolloh? Meskipun sukar, Indra, Kuppan dan Cha tetap bersemangat untuk membantu Pak Dolloh menyelesaikan misteri yang menimpa ayam ternakannya sekali gus menjawab persoalan misteri dua entiti aneh yang berlegar-legar di Kampung Parit Ketumbit.Start Again
RM28.00Start Again
RM28.00Start Again adalah naskhah yang menghimpunkan 100 tajuk kecil, yang berbicara tentang hidup manusia. Berbicara tentang kita, berbicara tentang semua. Termasuklah tentang cinta tentang usaha, tentang rindu, tentang manis, tentang gagal, dan segalanya yang sering berlaku kepada kita. Tujuannya untuk segalanya yang sering berlaku kepada kita. Tujuannya untuk luka dan kecewa, supaya kita boleh bermula lagi, dan supaya kita mampu menyembuhkan sendiri segala yang terjadi kepada hati.
Kita semua sepakat, dunia ini tidak sempurna tetapi ramai yang tidak sedar mereka sebenarnya sedang mengejar sempurna. Mahu jadi kaya, jadi baik seperti malaikat, perlu pendidikan tinggi, perlu isteri yang baik, suami yang memahami, dan segala-galanya yang merujuk kepada kesempurnaan hidup. Sedangkan hakikatnya, hidup di dunia tidak berjalan sebegitu. Malah ia seperti tidak adil untuk sesetengah golongan manusia. Yang adil untuk diri kita dan semua adalah, kita mengejar untuk menjadi lebih baik daripada semalam dan hari ini. Untuk itu kita perlu bermula dengan satu perkara ini, iaitu mencintai diri sendiri, dan kembali bangkit bagi mendepani ranjau yang hadir sendiri, dan kembali bangkit bagi mendepani ranjau yang hadir.
Mampukah kita selepas apa yang berlaku? Kita mampu. Kita hanya perlu percaya, dan perlu START AGAIN!
Tenanglah Hati (Reyna Ibrahim)
RM29.00Tenanglah Hati (Reyna Ibrahim)
RM29.00Tidak mudah menggapai tenang tanpa adanya ilmu dan kesungguhan. Tidak mudah membina sabar tanpa usaha dan perjuangan. Sabar dan tenang adalah dua nikmat yang diinginkan oleh semua orang tetapi gagal ditakluki kerana ceteknya ilmu, usaha, dan kesungguhan mencari gali ilmu ketuhanan. Kita belum terlambat. Ilmu Allah terbentang luas. Terokailah segala ilmu agar kita dapat menakluk tenang dan sabar. Semoga perkongsian dalam buku ini akan menemani sahabat semua dalam mencari ketenangan yang sebenar.
Untuk Hari Ini
RM28.00Untuk Hari Ini
RM28.00Kelmarin,
Kita menyangka muda adalah masa untuk bergembira, berfoya-foya. Mahu cuba segalanya.
Hari ini,
kita sangkakan kita masih tetap muda,
masih ada masa, masih leka dan alpa,
tanpa kita sedar esok yang bakal menjelang
itu belum tentu untuk kita.
Esok, masihkah untuk kita?
Akankah ada esok untuk kembali kepada Allah?
Dosa kita tidak sedikit, menanti esok untuk taubat bukan pilihan yang tepat.
Sanggupkah kita menempuh hari esok dengan beban dosa?
Oleh itu, sibukkan diri dengan hari ini.
Perbaiki hari ini yang di depan mata.
Buat sebaik yang kita mampu dengan apa-apa
yang ada di tangan.
Masa berbaki ini bukan untuk disia-siakan
kerana esok belum pasti milik kita.
Vip Jannah
RM29.00