RM29.00
Tidak mudah menggapai tenang tanpa adanya ilmu dan kesungguhan. Tidak mudah membina sabar tanpa usaha dan perjuangan. Sabar dan tenang adalah dua nikmat yang diinginkan oleh semua orang tetapi gagal ditakluki kerana ceteknya ilmu, usaha, dan kesungguhan mencari gali ilmu ketuhanan. Kita belum terlambat. Ilmu Allah terbentang luas. Terokailah segala ilmu agar kita dapat menakluk tenang dan sabar. Semoga perkongsian dalam buku ini akan menemani sahabat semua dalam mencari ketenangan yang sebenar.
25 in stock
SKU: | 9789672458203 |
---|---|
Category: | Rimbunan Publishing House |
Tags: | Best Selling, Merdeka Promotion |
Weight | 0.56 kg |
---|---|
Dimensions | 5 × 6 × 5 cm |
Publisher | |
book-author | |
RAK |
Dalam 2-3 hari*
100% Pembayaran yang Selamat
Perkhidmatan yang Cemerlang
Dari 09AM -> 06PM
Ini Himpunan kisah suka dan duka kami dalam melayani aneka ragam anak didik serta warna-warni kehidupan di rumah kedua kami, iaitu sekolah.
Bukan hanya berperanan sebagai penyampai ilmu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, kami juga menggalas tanggungjawab sebagai murabbi tulus dari hati.Sang Murabbi yang mendidik anak murid dengan penuh kasih sayang, menasihati mereka dengan berhikmah, menegur kesilapan mereka tanpa mengaibkan serta menunjukkan jalan yang benar kepada mereka.
Anak-anak didik adalah aset kami yang berharga. Tinggi impian kami agar mereka bukan sahaja dapat memahami ilmu yang bermanfaat, tetapi dapat juga mengamalkannya dalam kehidupan harian. Semoga nanti mereka beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat serta ada dalam kalangan mereka yang sudi menarik tangan kami beriringan ke taman syurga.
Bekalan elektrik yang terputus hingga beberapa hari membuatkan sekalian warga Kampung Parit Ketumbit resah gelisah. Begitu juga dengan Pak Dolloh yang turut risau kerana perasmian dewan baharu hanya tinggal beberapa hari lagi. Dalam kegelapan malam, banyak pula masalah yang timbul. Cikgu Saman yang ditugaskan menjaga barang-barang di dewan telah diganggu oleh sesuatu yang sangat menakutkan. Jidin Jambul pula nyaris kemalangan, manakala Wak Ketot pula nampaknya tidak senang duduk apabila benda penting di
rumahnya turut hilang. Di sekolah, berlaku juga kecurian. Perkara-perkara misteri yang tidak ketahuan punca ini menyebabkan Indra dan rakan-rakannya turut pening kepala. Nampaknya, mereka terpaksa berbuat sesuatu. Ya, mereka perlu menyiasat! Maka bermulalah siri penyiasatan tiga sekawan yang sangat mencabar dan penuh dengan kejutan sehingga hampir-hampir membuatkan jantung mereka luruh.
Dapatkah Indra dan kawan-kawannya menyelesaikan segala masalah yang melanda kampung mereka dalam keadaan bergelap? Dan, sempatkah Pak Dolloh dan sekalian penduduk kampung membuat persiapan sebelum majlis perasmian dewan
mereka?
Sedangkan…mereka tidak mempunyai banyak masa.
Mengisahkan kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Indra yang suka menyiasat misteri-misteri yang berlaku di kampungnya. Bersama-sama teman karibnya iaitu Kuppan (berbangsa India) dan Cha (berbangsa Cina), mereka sentiasa ada rancangan untuk merungkai sesebuah misteri walaupun kadangkala rancangan itu tidak masuk akal dan kerap menyusahkan penduduk kampung. Antara watak utama lain dalam kisah ini adalah Jidin Jambul, Wak Ketot, Marpunah, dan lain-lain lagi. Kisah-kisah dalam siri ini bergenre humor adventurous.
Start Again adalah naskhah yang menghimpunkan 100 tajuk kecil, yang berbicara tentang hidup manusia. Berbicara tentang kita, berbicara tentang semua. Termasuklah tentang cinta tentang usaha, tentang rindu, tentang manis, tentang gagal, dan segalanya yang sering berlaku kepada kita. Tujuannya untuk segalanya yang sering berlaku kepada kita. Tujuannya untuk luka dan kecewa, supaya kita boleh bermula lagi, dan supaya kita mampu menyembuhkan sendiri segala yang terjadi kepada hati.
Kita semua sepakat, dunia ini tidak sempurna tetapi ramai yang tidak sedar mereka sebenarnya sedang mengejar sempurna. Mahu jadi kaya, jadi baik seperti malaikat, perlu pendidikan tinggi, perlu isteri yang baik, suami yang memahami, dan segala-galanya yang merujuk kepada kesempurnaan hidup. Sedangkan hakikatnya, hidup di dunia tidak berjalan sebegitu. Malah ia seperti tidak adil untuk sesetengah golongan manusia. Yang adil untuk diri kita dan semua adalah, kita mengejar untuk menjadi lebih baik daripada semalam dan hari ini. Untuk itu kita perlu bermula dengan satu perkara ini, iaitu mencintai diri sendiri, dan kembali bangkit bagi mendepani ranjau yang hadir sendiri, dan kembali bangkit bagi mendepani ranjau yang hadir.
Mampukah kita selepas apa yang berlaku? Kita mampu. Kita hanya perlu percaya, dan perlu START AGAIN!
Manusia tidak hidup bersendirian di bumi Tuhan. Kita hidup saling memerlukan, saling perlu dipesan-pesan. Dipesan agar
segala peringatan Allah yang sudah termaktub dalam al-Quran, sentiasa menjadi pegangan dalam menjalani kehidupan seharian. Pesanan pesanan yang dinukilkan dalam buku ini menyentuh aneka isu dalam kehidupan manusia di dunia ini. la memaparkan kisah-kisah kehidupan manusia, dan cuba mengajak setiap pembaca menghayati jalan sebenar sebagaimana yang dituntut oleh agama. Turut diselitkan, pelbagai kisah sejak era Rasulullah SAW bersama para sahabat Baginda, di samping petikan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis yang sahih sebagai pencetus kepada kesedaran dan pemantapan kisah. Buku ini ditujukan buat setiap insan yang mencintai Allah dan merindui jalur kehidupan bermakna yang diredai-Nya. Semua lapisan masyarakat tanpa mengira batasan umur mampu menghayatinya, lebih-lebih lagi buat golongan Mukmin dewasa.
Buku ini memuatkan 4 tema utama yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia sesama manusia, pengajaran untuk manusia, dan pesanan-pesanan untuk seseorang manusia itu mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Dalam setiap bab, penulis menghuraikan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat dunia sekarang, dan melampirkan sirah/kisah zaman dahulu yang boleh dijadikan panduan dan iktibar.
Latar Belakang Penulis:
Bergiat aktif sebagai penyumbang artikel untuk ruangan agama di Berita Harian, Majalah Al-Muslimah, Majalah Bicara, Perspektif Sinar Harian dan Ad-Din Harian Metro di samping penulisan artikel bercorak umum iaitu dengan menjadi salah seorang penulis di ruangan Minda Intelek, Sisipan Varsiti, Berita Harian. Aktif menulis ruangan berita semasa secara sambilan di Borneo Post, Sarawak semasa di Politeknik Kuching dan Politeknik Mukah dari tahun 2006-2011. Menerima Anugerah Penerbitan Alumni 2012. Kolumnis Majalah Fardu Ain, Dian dan Qudwah 2012.