Manusia tidak hidup bersendirian di bumi Tuhan. Kita hidup saling memerlukan, saling perlu dipesan-pesan. Dipesan agar
segala peringatan Allah yang sudah termaktub dalam al-Quran, sentiasa menjadi pegangan dalam menjalani kehidupan seharian. Pesanan pesanan yang dinukilkan dalam buku ini menyentuh aneka isu dalam kehidupan manusia di dunia ini. la memaparkan kisah-kisah kehidupan manusia, dan cuba mengajak setiap pembaca menghayati jalan sebenar sebagaimana yang dituntut oleh agama. Turut diselitkan, pelbagai kisah sejak era Rasulullah SAW bersama para sahabat Baginda, di samping petikan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis yang sahih sebagai pencetus kepada kesedaran dan pemantapan kisah. Buku ini ditujukan buat setiap insan yang mencintai Allah dan merindui jalur kehidupan bermakna yang diredai-Nya. Semua lapisan masyarakat tanpa mengira batasan umur mampu menghayatinya, lebih-lebih lagi buat golongan Mukmin dewasa.
Buku ini memuatkan 4 tema utama yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia sesama manusia, pengajaran untuk manusia, dan pesanan-pesanan untuk seseorang manusia itu mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Dalam setiap bab, penulis menghuraikan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat dunia sekarang, dan melampirkan sirah/kisah zaman dahulu yang boleh dijadikan panduan dan iktibar.
Latar Belakang Penulis:
Bergiat aktif sebagai penyumbang artikel untuk ruangan agama di Berita Harian, Majalah Al-Muslimah, Majalah Bicara, Perspektif Sinar Harian dan Ad-Din Harian Metro di samping penulisan artikel bercorak umum iaitu dengan menjadi salah seorang penulis di ruangan Minda Intelek, Sisipan Varsiti, Berita Harian. Aktif menulis ruangan berita semasa secara sambilan di Borneo Post, Sarawak semasa di Politeknik Kuching dan Politeknik Mukah dari tahun 2006-2011. Menerima Anugerah Penerbitan Alumni 2012. Kolumnis Majalah Fardu Ain, Dian dan Qudwah 2012.