Buku ini merupakan buku motivasi yang memfokuskan konflik
jiwa yang dihadapi oleh kebanyakan daripada kita dalam
menghadapi kehidupan yang semakin mencabar kini. Antara
konflik jiwa yang sering dihadapi adalah perasaan kurang
disayangi, dihargai, diperlukan dan lain-lain.
Kandungan buku ini mengajak pembaca untuk memupuk rasa
sayang dalam diri sendiri berteraskan iman agar kehidupan kita
khususnya sebagai Muslim tidak tergelincir daripada landasan
kehidupan yang sebenar. Buku ini sarat dengan kata-kata
motivasi, inspirasi daripada kisah benar dan panduan hidup
yang berasaskan prinsip Islam itu sendiri. Ia mampu menepis
mindset segelintir individu bahawa dirinya sudah tidak berguna
sekaligus dapat meningkatkan nilai percaya diri.