Showing 1–20 of 25 results

  • Aku Sudah Kembali (Dr. Nurul Badriyah Ali)

    Buku ini menghimpunkan kisah-kisah remaja perempuan yang mendapat bimbingan di pusat perlindungan Raudhatus Sakinah. Penglibatan mereka dalam gejala sosial berpunca daripada
    pelbagai faktor seperti perceraian ibu bapa, terpengaruh dengan rakan, keinginan ingin mencuba, bebas melayari Internet serta meninggalkan kewajipan Islam.

    RM35.00
  • Assalamualaikum Ustazah

    Ini Himpunan kisah suka dan duka kami dalam melayani aneka ragam anak didik serta warna-warni kehidupan di rumah kedua kami, iaitu sekolah.

    Bukan hanya berperanan sebagai penyampai ilmu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, kami juga menggalas tanggungjawab sebagai murabbi tulus dari hati.Sang Murabbi yang mendidik anak murid dengan penuh kasih sayang, menasihati mereka dengan berhikmah, menegur kesilapan mereka tanpa mengaibkan serta menunjukkan jalan yang benar kepada mereka.

    Anak-anak didik adalah aset kami yang berharga. Tinggi impian kami agar mereka bukan sahaja dapat memahami ilmu yang bermanfaat, tetapi dapat juga mengamalkannya dalam kehidupan harian. Semoga nanti mereka beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat serta ada dalam kalangan mereka yang sudi menarik tangan kami beriringan ke taman syurga.

     

    RM34.00
  • Cikgu, Bawalah Saya Ke Syurga

    Beli di Platform berikut:

    RM39.00
  • Hidup Berpesan-Pesan: Meniti Kehidupan Di Bumi Berbekal Iman

    Manusia tidak hidup bersendirian di bumi Tuhan. Kita hidup saling memerlukan, saling perlu dipesan-pesan. Dipesan agar
    segala peringatan Allah yang sudah termaktub dalam al-Quran, sentiasa menjadi pegangan dalam menjalani kehidupan seharian. Pesanan pesanan yang dinukilkan dalam buku ini menyentuh aneka isu dalam kehidupan manusia di dunia ini. la memaparkan kisah-kisah kehidupan manusia, dan cuba mengajak setiap pembaca menghayati jalan sebenar sebagaimana yang dituntut oleh agama. Turut diselitkan, pelbagai kisah sejak era Rasulullah SAW bersama para sahabat Baginda, di samping petikan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis yang sahih sebagai pencetus kepada kesedaran dan pemantapan kisah. Buku ini ditujukan buat setiap insan yang mencintai Allah dan merindui jalur kehidupan bermakna yang diredai-Nya. Semua lapisan masyarakat tanpa mengira batasan umur mampu menghayatinya, lebih-lebih lagi buat golongan Mukmin dewasa.

    Buku ini memuatkan 4 tema utama yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia sesama manusia, pengajaran untuk manusia, dan pesanan-pesanan untuk seseorang manusia itu mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Dalam setiap bab, penulis menghuraikan masalah yang kerap berlaku dalam masyarakat dunia sekarang, dan melampirkan sirah/kisah zaman dahulu yang boleh dijadikan panduan dan iktibar.

     


    Latar Belakang Penulis:

     

    Bergiat aktif sebagai penyumbang artikel untuk ruangan agama di Berita Harian, Majalah Al-Muslimah, Majalah Bicara, Perspektif Sinar Harian dan Ad-Din Harian Metro di samping penulisan artikel bercorak umum iaitu dengan menjadi salah seorang penulis di ruangan Minda Intelek, Sisipan Varsiti, Berita Harian. Aktif menulis ruangan berita semasa secara sambilan di Borneo Post, Sarawak semasa di Politeknik Kuching dan Politeknik Mukah dari tahun 2006-2011. Menerima Anugerah Penerbitan Alumni 2012. Kolumnis Majalah Fardu Ain, Dian dan Qudwah 2012.

    RM28.00
  • Kembara Raikal

    Beli di Platform berikut:

     

     

     

     

    RM17.00
  • Mencari Tuhan Dalam Ramadan

    Beli di Platform berikut:

    RM28.00
  • Nota Menggapai 8A

    Beli di Platform berikut:

     

     

     

     

    RM17.90
  • Siri Penyiasat Cilik: Misteri Kampung Bergelap

    Bekalan elektrik yang terputus hingga beberapa hari membuatkan sekalian warga Kampung Parit Ketumbit resah gelisah. Begitu juga dengan Pak Dolloh yang turut risau kerana perasmian dewan baharu hanya tinggal beberapa hari lagi. Dalam kegelapan malam, banyak pula masalah yang timbul. Cikgu Saman yang ditugaskan menjaga barang-barang di dewan telah diganggu oleh sesuatu yang sangat menakutkan. Jidin Jambul pula nyaris kemalangan, manakala Wak Ketot pula nampaknya tidak senang duduk apabila benda penting di
    rumahnya turut hilang. Di sekolah, berlaku juga kecurian. Perkara-perkara misteri yang tidak ketahuan punca ini menyebabkan Indra dan rakan-rakannya turut pening kepala. Nampaknya, mereka terpaksa berbuat sesuatu. Ya, mereka perlu menyiasat! Maka bermulalah siri penyiasatan tiga sekawan yang sangat mencabar dan penuh dengan kejutan sehingga hampir-hampir membuatkan jantung mereka luruh.
    Dapatkah Indra dan kawan-kawannya menyelesaikan segala masalah yang melanda kampung mereka dalam keadaan bergelap? Dan, sempatkah Pak Dolloh dan sekalian penduduk kampung membuat persiapan sebelum majlis perasmian dewan
    mereka?
    Sedangkan…mereka tidak mempunyai banyak masa.

     

    Mengisahkan kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Indra yang suka menyiasat misteri-misteri yang berlaku di kampungnya. Bersama-sama teman karibnya iaitu Kuppan (berbangsa India) dan Cha (berbangsa Cina), mereka sentiasa ada rancangan untuk merungkai sesebuah misteri walaupun kadangkala rancangan itu tidak masuk akal dan kerap menyusahkan penduduk kampung. Antara watak utama lain dalam kisah ini adalah Jidin Jambul, Wak Ketot, Marpunah, dan lain-lain lagi. Kisah-kisah dalam siri ini bergenre humor adventurous.

    RM15.00
  • Siri Penyiasat Cilik: Misteri Kebun Getah

    Cuti sekolah datang lagi. Indra, Kuppan dan Cha pergi ke Kampung Langot, sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah hutan. Mereka pergi bersama Anees dan datuknya, Tok Sukin untuk menziarahi teman-teman mereka di sana. Ketika mereka berada di kampung tersebut, muncul satu kes misteri yang menggusarkan seluruh penduduk kampung. Getah sekerap milik penduduk kampung sering dicuri tetapi pencurinya gagal ditangkap walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Indra, Kuppan dan Cha bersepakat untuk menyiasat misteri kes ini kerana mahu membantu penduduk kampung terutamanya teman baru mereka, Apit. Datuk kepada Apit sering dituduh sebagai dalang kes kecurian getah sekerap di kampung tersebut. Misteri kali ini agak sukar diselesaikan, tidak semudah seperti sebelum ini. Pelbagai halangan terpaksa mereka tempuhi termasuklah gangguan makhluk halus yang mereka sendiri tidak sangka. Berjayakah mereka membongkar misteri gangguan makhlus halus yang mengancam mereka dan juga kes kecurian getah sekerap tersebut? Nampak gayanya cuti sekolah mereka kali ini terpaksa dikorbankan demi membantu penduduk Kampung Langot.

    RM16.00
  • Siri Penyiasat Cilik: Misteri Kesan Cakar

    Kampung Parit Ketumbit gempar apabila beberapa penduduknya diganggu oleh makhluk ganas yang berkuku tajam. Makhluk yang tidak diketahui asal usulnya itu berkeliaran tatkala malam menjelma. Bunyi rengekan yang halus serta nyaring, bersama kesan-kesan cakar yang ditinggalkan di merata tempat, sudah cukup membuatkan seluruh penduduk kampung berada dalam ketakutan. Ramai yang berteka-teki, kemungkinan ia adalah anjing liar, kelawar gergasi, atau serigala hutan. Lebih menggerunkan, ada juga yang mengatakan ia bukan makhluk sembarangan. Ia makhluk jadi-jadian! Indra, Kuppan, dan Cha juga tidak terkecuali pernah berhadapan dengan makhluk ganas itu apabila perkhemahan mereka diganggu oleh kesan cakar dan bunyi-bunyi yang menyeramkan. Ini membuatkan mereka menggeletar dan trauma. Dalam keadaan takut, mereka tetap juga bersemangat untuk menjalankan siasatan dan merungkai tentang makhluk misteri itu. Nampaknya, banyak misteri yang perlu dirungkai oleh mereka bertiga sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
    Sedangkan…mereka juga benar-benar dalam ketakutan.

    ———————————————————————–

    -Latar belakang cerita (suasana kampung) yang jarang
    ditonjolkan pada masa kini.
    – Tema penyiasatan dengan unsur humor menjadikan
    pengalaman membaca lebih menyeronokkan.

    RM15.00
  • Siri Penyiasat Cilik: Misteri Lembaga Putih

    Misteri kali ini bermula dengan kehilangan ayam ternakan Pak Dolloh. Ada ayamnya yang mati dan ada juga yang hilang tanpa dikesan. Indra dan sahabat-sahabatnya nekad mahu membantu Pak Dolloh untuk menyelesaikan misteri tersebut. Mereka mula merancang strategi untuk menyelesaikan misteri yang berlaku direban ayam Pak Dolloh. Malangnya, mereka menemui jalan buntu. Belum selesai misteri sedia ada, Kampung Parit Ketumbit gempar lagi dengan kemunculan dua entiti aneh.Kemunculan kelibat ayam putih dan lembaga putih. Dari mana datangnya ayam putih itu, adakah ia sejenis mahkluk albino atau sebaliknya? Bagaimana pula dengan lembaga putih yang menyeramkan itu? Adakah ia punca utama kehilangan dan
    kematian ayam ternakan Pak Dolloh? Meskipun sukar, Indra, Kuppan dan Cha tetap bersemangat untuk membantu Pak Dolloh menyelesaikan misteri yang menimpa ayam ternakannya sekali gus menjawab persoalan misteri dua entiti aneh yang berlegar-legar di Kampung Parit Ketumbit.

    RM16.00