Assalamualaikum Ustazah
RM34.00Assalamualaikum Ustazah
RM34.00Ini Himpunan kisah suka dan duka kami dalam melayani aneka ragam anak didik serta warna-warni kehidupan di rumah kedua kami, iaitu sekolah.
Bukan hanya berperanan sebagai penyampai ilmu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, kami juga menggalas tanggungjawab sebagai murabbi tulus dari hati.Sang Murabbi yang mendidik anak murid dengan penuh kasih sayang, menasihati mereka dengan berhikmah, menegur kesilapan mereka tanpa mengaibkan serta menunjukkan jalan yang benar kepada mereka.
Anak-anak didik adalah aset kami yang berharga. Tinggi impian kami agar mereka bukan sahaja dapat memahami ilmu yang bermanfaat, tetapi dapat juga mengamalkannya dalam kehidupan harian. Semoga nanti mereka beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat serta ada dalam kalangan mereka yang sudi menarik tangan kami beriringan ke taman syurga.
Untuk Hari Ini
RM28.00Untuk Hari Ini
RM28.00Kelmarin,
Kita menyangka muda adalah masa untuk bergembira, berfoya-foya. Mahu cuba segalanya.
Hari ini,
kita sangkakan kita masih tetap muda,
masih ada masa, masih leka dan alpa,
tanpa kita sedar esok yang bakal menjelang
itu belum tentu untuk kita.
Esok, masihkah untuk kita?
Akankah ada esok untuk kembali kepada Allah?
Dosa kita tidak sedikit, menanti esok untuk taubat bukan pilihan yang tepat.
Sanggupkah kita menempuh hari esok dengan beban dosa?
Oleh itu, sibukkan diri dengan hari ini.
Perbaiki hari ini yang di depan mata.
Buat sebaik yang kita mampu dengan apa-apa
yang ada di tangan.
Masa berbaki ini bukan untuk disia-siakan
kerana esok belum pasti milik kita.